 Blog For Free!
Archives
Home
2006 August
2006 July
2006 June
2006 April
2006 March
My Links
Blog Paling Bosan
Xsitepro
Site Build It (SBI)
RSS Reader
Hostgator Webhosting
Wilsonweb Guide
Wordtracker
GoodKeywords.com
Paypal
2Checkout
Moneyclicking.net
Blog SmartUsaha
AnggerikPesonaCollection
Forum WangCyber
Melayu.com
Affiliate Marketing Intensive
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
 Cortislim
|
| Maaf Lama Tak Tulis Dalam tBlog... |
| 03.30.06 (1:58 pm) [edit] |
|
Saya ingin meminta maaf kerana agak lama tidak menulis tBlog Internetmelayu ini.
Saya telah balik ke KL sekejap tetapi malangnya tak sempat pula nak bertemu dengan En. Irfan Khairi di PWTC hari tu...
Bagi mereka yang ingin bertemu dengan Irfan Khairi dan tak sempat hari tu, anda masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan beliau hari Sabtu ini di:
Tempat: Pesta Buku Antarabangsa PWTC
Gerai: #1357
Tarikh: Sabtu 1hb April 2006
Waktu: 3.00pm - 5.00pm
50 Pengunjung Pertama ke gerai tersebut yang membeli buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" ATAU "Secrets of Internet Millionaires Revealed" akan mendapat hadiah istimewa.
========================= ===========
DISCLAIMER:
Pemilik tBlog InternetMelayu bukanlah bekerja dengan syarikat Rahsiainternet.com dan bukan di-affiliasi-kan (affiliated with) syarikat tersebut. Pemilik internetmelayu.tblog hanya menyampaikan cadangan dan nasihat percuma untuk kegunaan orang Melayu khususnya agar berjaya di dalam bidang perniagaan internet sebagaimana bangsa lain di serata dunia. Terima kasih.
========================= ===========
|
|
|
| |
| Jumpa Irfan Khairi, Penulis Buku Rahsia Internet |
| 03.25.06 (10:36 am) [edit] |
|
Jika anda berminat nak berjumpa dengan Irfan Khairi (penulis buku Rahsia Internet), sila ke:
Tempat: Pesta Buku Antarabangsa PWTC
Gerai: #1357 (Berhampiran Gerai Perpustakaan Negara Malaysia)
Tarikh: Ahad 26hb Mac 2006
Waktu: 2.00pm - 4.00pm
|
|
|
| |
| Perisian Percuma! |
| 03.22.06 (5:23 pm) [edit] |
|
Ada satu lagi penganalisis kata kunci (keywords) yang anda boleh gunakan selain Wordtracker.
Walau bagaimanapun, perisian ini perlu dimuat-turunkan ke komputer anda dan pastikan internet disambung ketika menggunakannya.
Linknya dibawah:
(sila right-click dan open in new window, macam biasa)
www.goodkeywords.com
Pada pandangan saya, Wordtracker lagi baik kerana ia lebih tepat tetapi jika anda malas nak ke website Wordtracker, anda boleh guna perisian percuma dari www.goodkeywords.com.
Saya cadangkan anda gunakan kedua-duanya dan bandingkan hasilnya.
|
|
|
| |
| Fikirkan Sejenak... |
| 03.21.06 (10:19 am) [edit] |
|
Sekarang ini terdapat berbagai tawaran untuk mengajar cara-cara berniaga di internet seperti link di bawah:
Asian Internet Marketing School
(Sila right click pada 'link' diatas dan pilih open in new window.)
Seminar-seminar ini sangat baik tetapi jika kita tidak mempunyai modal yang besar, kita tidak akan mampu menghadirinya.
Sila ke website diatas dan tengok sendirilah, sekali masuk pun kena bayar Singapore$1687 (RM3,863.82) - itupun jika kita membayar 'early-bird fee' sebelum 30 April 2006.
Jika kita 'book' selepas tarikh itu, kita dikenakan bayaran Singapore $2287 (RM5,237.38).
Saya akui saya memang berminat untuk menghadiri kursus internet Alex Mandossian dan Armand Morin tersebut kerana mereka adalah idola internet saya selain Corey Rudl, Ken Evoy, Derek Gehl dan sebagainya.
Tetapi ... harga kursus tersebut terlalu mahal untuk saya buat masa ini.
Dengan wang tersebut saya boleh membeli Xsitepro untuk mereka berbagai website dengan pantas dan mudah, Webhost banyak-banyak website dengan pakej HostGator dan gunakan Wordtracker secara percuma untuk memilih topik niche yang sesuai.
Mungkin saya dapat menjalankan 10 perniagaan internet yang berbeza yang menawarkan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan, dengan modal itu!
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai wang lebih, pergilah menghadirinya.
InsyaAllah, mungkin tahun depan, saya akan pergi kerana saya hendak mempelajari lebih lagi tentang pemasaran internet agar maklumat yang saya pamerkan untuk pengunjung di blog ini lebih up-to-date.
|
|
|
| |
| RSS Feed dan RSS Reader |
| 03.20.06 (5:28 pm) [edit] |
|
Ingin Dapatkan 'Update' Blog Internetmelayu dengan mudah dan tanpa ke Blog ini setiap hari untuk 'check' maklumat terbaru?
Anda mungkin pernah melihat butang berwarna oren, seperti: atau RSS ketika melayari website-website di internet.
Apakah kegunaan butang XML atau RSS?
Melalui butang-butang tersebut, anda boleh melanggani newsfeeds atau berita secara 'live'. Anda tidak perlu memeriksa jika sesuatu blog atau website itu sudah di-update atau belum kerana maklumat itu akan dihantar terus ke RSS Reader anda!
RSS bermaksud Really Simple Syndication. Jika anda subscribe ke website yang ada RSS feed, anda tidak perlu ke website tersebut setiap hari atau minggu untuk melihat perubahan dan penambahan terbaru.
Ini adalah teknologi terbaru yang digunakan di internet pada masa kini dan ia adalah percuma. Website-website, blog-blog dan juga forum-forum di Amerika Syarikat dan Eropah telah mengunakan khidmat RSS untuk pengunjung dan klien mereka.
Bagaimana nak gunakan RSS?
Mula-mula sila downloadkan RSS Reader secara percuma di:
www.RssReader.com
(Sila right-click link diatas dan pilih open in new window.)
Setelah selesai download dan mengikuti segala arahan di website tersebut, sila right-click butang RSS atau yang anda temui di website yang anda layari.
Kemudian pilih arahan copy shortcut dan paste URL tersebut ke RssReader anda.
Anda sudah berjaya langgani newsfeed daripada website tersebut!
Mulakan langganan newsfeed pertama anda dengan Blog InternetMelayu!
Sila right-click butang dibawah,
pilih copy shortcut dan
pastekan pada add feed pada RSS Reader anda.
|
|
|
| |
| Kaji Sebelum Membeli dan Membina... |
| 03.20.06 (3:20 pm) [edit] |
|
Anda sudah memilih topik khusus untuk website anda?
Sebelum membeli nama domain, melanggan Webhosting dan membina website, PASTIKAN:
1.)Anda mengkaji website saingan anda (competitor's website).
2.)Adakah anda akan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang sama?
3.)Fikirkan kebaikan yang ada pada produk atau perkhidmatan anda. Bandingkan dengan apa yang pesaing anda tawarkan di website mereka. Tulis di Notepad pada komputer anda.
Untuk ke Notepad, tekan Start di skrin komputer anda, pilih Programs dan kemudian Accessories, selepas itu pilih Notepad.
4.)INGAT: JANGAN cuba menipu pengguna dengan spesifikasi produk atau perkhidmatan yang tidak benar. Mereka mungkin akan membeli sekali sahaja dari anda dan tidak akan kembali. Ini akan merugikan perniagaan anda kerana mungkin pembeli akan menyebarkan berita kepada pengguna internet lain tentang ketidakjujuran anda! Jika ada orang memberi aduan ke Webhost anda, mungkin akaun website anda akan digantung.
5.)Cuba rangkakan maklumat dan spesifikasi produk/servis anda terlebih dahulu di Notepad di komputer.
Mengapa Saya Perlu Merangkakan Topik Website Saya? Tak bolehkah saya terus beli nama domain, webhosting dan membina website?
Boleh. Tetapi anda akan rugi kerana:
Pembayaran nama domain dan webhosting adalah untuk satu tahun. Pada saat ia digunakan dan website anda on-line, sudah dikira masa.
Jadi, jika anda mengambil masa 1 bulan untuk menulis ayat-ayat dan perenggan untuk website anda, anda dah rugi satu bulan. Maka tinggal 11 bulan lagi sebelum nama domain dan webhosting anda 'expire' dan kena bayar lagi untuk satu tahun.
Apatah lagi jika anda tidak mahir dalam penulisan, penulisan iklan dan lain-lain, maka lagi banyaklah masa akan terbuang.
Sudah tentu anda pernah melihat website yang berbulan-bulan masih mempunyai tanda 'website under construction'. Bayangkan betapa ruginya pemilik website tersebut kerana MASA tetap berjalan!
Kalau anda sudah sediakan terlebih dahulu apa yang anda nak tulis di website anda (sebagai rangka pertama pun tak apa), sudah tentu akan menjimatkan MASA dan WANG.
Mengapa Saya Perlu Merangkakan Topik Website Saya Di Notepad? Tak bolehkah saya taip terus di Microsoft Word?
Boleh. Tetapi ...Notepad menggunakan format simbol yang biasa digunakan dalam rekaan website. Cuba taip simbol " " (quotes) dengan menggunakan Notepad dan kemudian dengan menggunakan Microsoft Word.
Simbol " " akan kelihatan berlekuk bila ditaip dengan Microsoft Word.
Jika ditaip dalam Notepad pula ia kelihatan lurus.
Mungkin perkara ini dianggap REMEH, tetapi jika anda cuba COPY & PASTE daripada Microsoft Word untuk dijadikan HTML website anda, kod HTML anda akan mengeluarkan simbol-simbol ganjil dan anda terpaksa mengubah format file anda ke .txt.
Dalam hal ini, saya TIDAK akan membincangkan mengapa ada simbol kelihatan 'berlekuk' atau 'lurus' dan sebagainya. Itu semua tidak penting!
Untuk jimatkan masa, gunalah Notepad dan pastikan anda save-kan file anda dalam bentuk .txt. Nak guna Microsoft Word atau Wordpad pun boleh tapi kena 'save as' file dalam berbentuk .txt.
|
|
|
| |
| Kenalpasti 'Niche' Yang Menguntungkan |
| 03.19.06 (6:13 pm) [edit] |
|
Bagaimana hendak mengenalpasti topik khusus (niche) yang menguntungkan?
Setiap saat akan ada seseorang yang mencari sesuatu topik di internet. Mungkin topik itu berkaitan dengan projek sekolah atau universiti, mungkin juga topik itu berkaitan dengan 'diet' kerana orang itu ingin menjadi kurus. Apa-apa pun topik yang dicari, selalunya mereka akan mencarinya di enjin carian seperti:
Yahoo Search
Google Search
MSN Search
...dan lain-lain lagi.
Topik khusus atau Niche yang menguntungkan adalah topik yang selalu dicari di enjin carian (high demand) dan akan mengenakan keputusan carian (search results) yang sederhana banyak, rendah atau tidak ada lagi.
Adakah terdapat software untuk mencari topik atau kata kunci (keywords) yang sesuai?
Ya, memang ada di pasaran internet sekarang ini. Tapi keputusan yang dicari melalui software atau perisian tersebut mestilah tepat dan berkesan. Salah satu alat kajian kata kunci (keyword research tool) yang terbaik ialah Wordtracker.
Sila gunakan free trial Wordtracker untuk mencari kata kunci (keywords) yang sesuai untuk topik website anda. Versi percubaan Wordtracker adalah percuma tetapi fungsinya adalah terhad. Anda boleh melanggan Wordtracker untuk kegunaan sehari sahaja (RM30), seminggu (RM98.40) dan sebagainya. Pastikan anda membaca arahan di website Wordtracker untuk maklumat selanjutnya.
Spesifikasi Wordtracker:
1.)Mengumpul database kata kunci (keywords and terms) yang dicari oleh pengguna internet. Ia akan memberitahu berapa ramai orang yang mencari topik tersebut, dan apakah website saingan (competing websites) yang mempunyai topik tersebut.
2.)Anda boleh mencari pelbagai kombinasi kata kunci (seperti 'golf', 'golf courses', 'Malaysian golf courses'.
3.)Anda boleh mengenalpasti betapa popular (demand) sesebuah topik.
4.)Anda akan diberitahu website yang juga mempunyai topik tersebut dan jumlah website di enjin carian (Yahoo, Google, etc) yang mempunyai topik itu.
Ingat: High Demand (carian topik) DAN Low Supply (website berkaitan topik) = topik yang sangat menguntungkan.
Ini kerana ramai yang mencari topik tersebut di enjin carian tetapi website yang menawarkan barangan atau perkhidmatan tersebut adalah kurang.
High Demand (carian topik) DAN High Supply (website berkaitan topik) = topik yang 50% menguntungkan dan 50% tidak menguntungkan.
Low Demand (carian topik) DAN Low Supply (website berkaitan topik) = topik yang 50% menguntungkan dan 50% tidak menguntungkan.
Low Demand (carian topik) DAN High Supply (website berkaitan topik) = topik yang TIDAK menguntungkan.
Terdapat terlalu banyak website yang menjual barangan atau perkhidmatan tersebut. Sebagai pendatang baru, anda tidak mungkin akan menguasai 'niche' tersebut kecuali dengan wang modal yang besar melalui pengiklanan di internet, majalah, suratkhabar atau televisyen atau kesemuanya.
Lakukan kajian dan kajian pemasaran (market research) sebelum menerjunkan diri di dalam perniagaan internet!
_________________________ ________
Disclaimer:
Segala catatan, nota dan penulisan di dalam Blog ini adalah pendapat pemilik Blog ini. Panduan dan nasihat yang terkandung adalah bertujuan baik dan bersifat umum. Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk anda.
Pihak tBlog, pemilik Blog ini (internetmelayu.tblog.com) dan wakil-wakil mereka TIDAK memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan Blog ini dan TIDAK akan bertanggungjawab dengan apa-apa liabiliti ataupun kerugian kepada mana-mana pihak yang terbit daripada keputusan yang anda buat.
_________________________ ________
|
|
|
| |
| Tips Bisnes Internet 0003 |
| 03.19.06 (4:56 pm) [edit] |
|
Mengapa Perlu Topik Khusus (Niche) Untuk Website?
Disebabkan terlalu banyak informasi di internet pada masa kini, pengguna internet hanya akan menziarahi website yang spesifik kepada kehendak dan kemahuan mereka.
Misalnya, jika pengguna internet hendak membeli buku, mereka akan mencari website yang khas untuk menjual buku seperti Amazon.com.
Tahukah anda yang Amazon.com juga menjual perkakas dapur? Walau bagaimanapun pengunjung Amazon rata-ratanya tidak akan membeli perkakas dapur daripada Amazon.com kerana nama Amazon.com lebih sinonim dengan penjualan buku. Mungkin pengunjung akan ke website lain untuk barangan tersebut.
Lagipun, Amazon.com mampu untuk menaja bermacam-macam jenis barangan di internet kerana mereka adalah syarikat yang besar dan sudah mempunyai reputasi yang kukuh di internet. Walaupun mungkin perkakas dapur tersebut tidak laku, penjualan buku-bukunya di serata dunia cukup untuk menampung kos menaja barang-barangan lain.
Jika anda baru mahu menjinak-jinakkan diri dengan perniagaan internet, sebaik-baiknya website anda hanya bertumpu kepada satu atau dua jenis barangan sahaja.
Jika website anda menjual telefon bimbit, topik dan iklan barangan sebaik-baiknya berkaitan dengan telefon bimbit. Jangan pula anda tiba-tiba menjual pakaian di website anda! Pengunjung website anda akan terkeliru dan menganggap website anda tidak profesional. Mereka akan beralih ke website saingan (competitor) anda yang lebih 'niche specific'.
Sebaik-baiknya tumpukan kepada niche yang anda:
- Minat dan Suka. Misalnya, jika anda meminati sukan bolasepak, anda akan ada semangat dan keazaman untuk menjayakan perniagaan barangan dan peralatan bolasepak tersebut kerana bolasepak adalah hobi dan kegemaran anda.
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai topik tersebut. Mengambil contoh bolasepak diatas, jika anda pandai bermain bolasepak, anda boleh memberi tips dan nasihat percuma. Orang ramai akan ke website anda untuk membaca tips mengenai bolasepak sambil membeli barangan anda (bola, jersi bola, kasut bola, cenderamata dan lain-lain).
- Mempunyai permintaan yang SAH. Jangan mempromosikan barangan yang tidak ada permintaan, tidak berfaedah ATAU salah dari segi undang-undang (dadah, bahan pornografi, barangan 'pirated', alkohol, perjudian, penipuan dan lain-lain). Akaun website anda akan digantung dan anda mungkin dikenakan tindakan undang-undang - disaman atau masuk 'jail'.
- Anda mampu menyediakan produk atau perkhidmatan tersebut. Jangan promosikan barangan atau perkhidmatan yang anda tidak mampu jual atau sediakan. Pelanggan akan tawar hati dan tidak lagi mahu membeli dari anda ATAU akan sebarkan kepada orang ramai tentang keburukkan perkhidmatan anda ATAU kedua-duanya sekali. Jangan menipu tentang produk atau perkhidmatan anda kerana ia akan merugikan anda sendiri.
Amazon.com mampu menjual berbagai jenis produk berbeza kerana modal mereka berjuta-juta US$...
|
|
|
| |
| Tips Bisnes Internet 0002 |
| 03.17.06 (7:42 pm) [edit] |
|
Jangan sangkakan yang anda tidak boleh memulakan perniagaan di internet jika anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan khusus.
Cuba fikirkan:
Apakah minat atau hobi anda?
Adakah anda mempunyai pengetahuan khusus tentang sesuatu bidang? Seperti pandai menyanyi atau membaiki kereta?
Cuba lihat website dibawah:
Jugglenow.com
Jim Nelson adalah sahabat saya yang berminat 'Juggling'. Beliau telah memperolehi pendapatan internet yang agak baik dengan mempromosikan bola-bola juggling dan memberi nasihat percuma mengenai hobi beliau.
Berminat tentang bidang nyanyian? Atau mungkinkah anda mempunyai bakat menyanyi? Wanita ini telah menggunakan bakat beliau untuk menjanakan pendapatan melalui internet:
Singingvoicelessons.com
Tak kiralah apa minat atau hobi anda, ia boleh ditukarkan kepada perniagaan di internet.
Misalnya, anda pandai menanam pokok bunga. Anda boleh menulis artikel di website anda tentang jenis-jenis bunga, cara menanam dan menjaganya.
Cara anda membuat duit ialah sama ada dengan:
1.)Menjual benih-benih bunga.
2.)Menjual produk yang ada kaitan dengan penanaman bunga seperti baja, pasu bunga.
3.)Menjual e-book tentang penanaman bunga yang efektif dan tips-tips terbaik.
Sebelum memulakan pembinaan website, carilah topik khusus (niche) yang anda minati dan boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi. Niche yang baik adalah topik-topik yang sering dicari di Enjin Carian (Yahoo, Google, MSN dan lain-lain), iaitu mempunyai permintaan (demand) yang tinggi dan 'supply' yang rendah atau sederhana.
|
|
|
| |
| Tips Bisnes Internet 0001 |
| 03.17.06 (1:53 pm) [edit] |
|
Anda mungkin:
1.)Mempunyai syarikat yang menjual produk (seperti kilang serbuk kopi, kedai kasut, menjual komputer dan lain-lain).
2.)Mempunyai syarikat yang menawarkan perkhidmatan (bengkel kereta, nasihat guaman, pusat tuisyen, andaman perkahwinan, sewa khemah kahwin dan lain-lain).
3.)Bekerja sendiri - menjual barangan bagi pihak ketiga seperti membuat multi-level-marketing (MLM) dan direct-selling.
4.)Bekerja sendiri - menjual perkhidmatan bagi pihak ketiga seperti menjual insurans, unit trust dan sebagainya.
5.)Bekerja sendiri - berniaga kecil-kecilan seperti menjual kuih-muih, makanan ringan, menerima tempahan menjahit pakaian, dan lain-lain.
Semua jenis bisnes yang disebut diatas boleh memanfaatkan internet bagi mempromosikan barangan dan perkhidmatan dengan memberi maklumat lanjut mengenai perniagaan anda, tawaran terbaru, spesifikasi produk dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh, anda menerima tempahan menjahit pakaian seperti baju kurung dan baju melayu. Anda boleh menggunakan website untuk mengiklankan perniagaan anda, mengumumkan waktu urusan perniagaan dan bila anda cuti, mempamerkan grafik pakaian-pakaian yang anda pernah design dan jahit selama ini, memberi pengumuman kepada pelanggan tentang tempahan mereka (sudah siap atau belum) dan menjual barangan anda di internet.
Seperti yang anda baca di dalam Posting di bawah, untuk memulakan perniagaan di internet anda memerlukan:
1.)Akses kepada Komputer atau lap-top Komputer.
2.)Sambungan internet (sebaik-baiknya Streamyx/broadband, tapi sambungan Dial-up pun tak apa).
3.)Perisian untuk membina Website.
4.)Pemilihan nama domain (domain name)
5.)Webhosting yang sesuai.
|
|
|
| |
| Bina Banyak Website Dengan Mudah & Cepat |
| 03.16.06 (5:25 pm) [edit] |
|
Salah satu produk terbaru yang berada di internet kini adalah Xsitepro. Dengan menggunakan Xsitepro, anda boleh membina banyak laman web dalam masa yang singkat.
Mengapa saya patut membina lebih daripada satu laman web?
Pernahkah anda mendengar pepatah Inggeris yang berbunyi "don't put your eggs in one basket?".
Pepatah tersebut bermakna kita janganlah meletakkan harapan, tenaga dan wang kita hanya diatas satu usaha (punca rezeki) sahaja. Mungkin usaha tersebut tidak menjadi, tidak mendatangkan hasil atau memberi pulangan yang kurang memuaskan dan diluar jangkaan kita. Oleh itu, kita hendaklah menyebarkan punca rezeki kita.
Lagipun, tidakkah lagi untung jika membina 5 website yang mempunyai banyak produk-produk dan perkhidmatan berbeza berbanding dengan sebuah website sahaja?
Bagaimanakah saya boleh membina banyak-banyak laman web? Tidakkah ia akan memakan masa yang lama?
Ya, memang benar. Tanpa teknik dan software yang sesuai, anda akan memakan masa yang lama untuk membina satu website, apatah lagi jika lebih dari itu.
Dengan menggunakan Xsitepro, anda boleh melakukan semua itu dan lebih lagi. Xsitepro juga mempunyai fungsi untuk meng-optimize-kan website anda.
Xsitepro sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai WebHosting (terutamanya multiple websites hosting). Anda juga perlu membeli nama domain sendiri.
Klik untuk Melihat Video Promosi: "7 Reasons Why You Need XSitePro Now!"
(Sila right-click pada link diatas dan pilih open in new window agar anda tidak terkeluar dari tBlog Internetmelayu. Satu tetingkap pop-up akan muncul.)
|
|
|
| |
| S.B.I. untuk Bisnes Internet Anda |
| 03.16.06 (4:10 pm) [edit] |
|
Pada tahun lepas, saya telah melayari internet untuk melihat peluang perniagaan internet yang sering diperkatakan oleh usahawan internet tempatan seperti Irfan Khairi, Sen Ze dan Rosli Jamal.
Ketika itu saya telah mengunjungi pelbagai website dan forum yang menawarkan produk memulakan perniagaan internet dan pemasaran internet (internet marketing). Saya juga telah membeli buku-buku tentang perniagaan internet yang ditulis oleh usahawan internet tempatan (seperti yang disebut diatas) dan usahawan internet luar negara seperti Corey Rudl.
Saya mendapat idea bahawa lebih baik saya memulakan perniagaan di internet kerana perniagaan internet dapat dilaksanakan dimana-mana sahaja anda berada - tidak memerlukan ruang pejabat - asalkan ada komputer atau lap-top
dan ada talian internet. Jika tak ada komputer, tetapi ada cybercafe di kawasan berdekatan pun boleh. Yang penting ada keazaman dan berusaha keras untuk memulakan perniagaan.
Sebagai seseorang yang tidak pernah membina website dan tidak tahu programming, saya berusaha mencari cara untuk membina website dengan mudah. Saya tidak pernah menggunakan Microsoft Frontpage, Dreamweaver atau mana-mana perisian pembinaan website sebelum ini.
Saya juga tahu jika saya hendak berniaga di internet, saya bukan hanya perlu membina dan mereka (design) website tetapi juga perlu membeli nama domain (domain name) dan mencari web hosting yang terbaik untuk website saya.
Saya mendapat tahu bahawa nama domain boleh dibeli dengan harga sekurang-kurangnya RM40 setahun. Webhosting paling murah adalah disekitar RM30 sebulan, setahun adalah RM360, itupun untuk kapasiti paling minimum. Jika anda ingin membina website yang penuh dengan informasi dan grafik (gambar), mempunyai akaun email pop tidak terhad, mempunyai auto-responder tidak terhad, ciri-ciri keselamatan yang kukuh dan bermacam-macam fungsi lagi, anda mungkin perlu membayar lebih RM80 setiap bulan (RM960 setahun).
Webhosting yang terlalu murah mempunyai risiko yang tinggi kerana mungkin perkhidmatan pelanggan (customer service) dan perkhidmatan sokongan (support service) lambat dan kurang baik dan server yang digunakan kurang efisyen. Ini boleh menyebabkan website anda tergendala kerana server mudah 'down' dan mudah digodang (kena 'hack') kerana kurang ciri-ciri keselamatan. Website yang selalu 'down' disebabkan server yang kurang baik akan menyebabkan pengunjung merasa 'frust' untuk melayari website tersebut dan perniagaan internet anda akan kelihatan tidak profesional.
Sesiapa sahaja boleh membina website, tetapi bukan semua website akan memperolehi trafik (pengunjung) yang dikehendaki. Terdapat banyak website yang cantik dan hebat-hebat produknya tetapi gagal dari segi pemasaran kerana tidak ada orang mengetahui tentang kewujudan halaman web tersebut.
Ini adalah kerana terdapat lebih 64 juta halaman web yang 'live' di dunia pada hari ini.
Bagaimanakah pengguna internet hendak mencari website anda dalam berpuluhan juta yang sudah sedia ada?
Ia adalah umpama mencari sebutir berlian kecil diatas pasir - akan mengambil masa yang lama dan tak mungkin berjaya!
Mungkin anda boleh menceritakan website anda kepada keluarga, sahabat dan saudara-mara tetapi pelanggan anda akan hanya terhad kepada mereka sahajalah.
Kecuali jika anda mengeluarkan kos untuk pengiklanan di akhbar atau papan tanda dan kosnya adalah tinggi.
Kalau anda mengiklankan website anda di internet pun boleh tetapi anda juga harus membayar kosnya. Iklan secara percuma di forum-forum biasanya akan dianggap 'spam' dan website anda mungkin kena gantung atau anda kena bann daripada forum tersebut. Walaupun terdapat forum yang membenarkan anda mengiklankan produk dan perkhidmatan, pelanggan perniagaan anda akan terhad kepada pengunjung forum tersebut.
Cara terbaik adalah melalui 'Optimization' Enjin Carian (SEO) dimana website anda disenaraikan di enjin carian dan mempunyai kedudukan yang tinggi di laman carian (search engine results page).
Website anda akan tenggelam di dalam arus internet jika tidak ada 'Optimization' Enjin Carian (Search Engine Optimization). Lagi ramai orang yang tahu tentang kewujudan halaman web anda dan mengunjunginya, lagi tinggi peratusan pengunjung yang akan membeli produk anda, tetapi anda harus mempunyai 'ranking' yang tinggi di laman enjin carian.
Sebagai contoh, website anda adalah mengenai helmet motosikal (motorcycle helmets), dan pengguna internet menaip "motorcycle helmets" di Yahoo search kerana ingin membeli produk tersebut.
Jika website anda berada dimukasurat ke-lapan Yahoo Search untuk "motorcycle helmets",
tidak mungkin pengguna internet akan mengunjungi website anda.
Paling-paling pun mereka akan melihat keputusan carian (search results) dimukasurat pertama,
kedua dan ketiga (jika benar-benar serius nak membeli "motorcycle helmets").
Selalunya orang akan klik ke website-website yang berada dikedudukan 1-10 di mukasurat pertama (first page) keputusan carian.
Cuba anda type "motorcycle helmets" di Yahoo Search.
Setakat ini (awal 2006), terdapat 5,800,000 (5.8 juta) keputusan carian untuk topik tersebut dan tempat pertama diterajui
RideGear.com dan diikuti pula buymotorcyclehelmets.com di tempat kedua dan seterusnya. Sebaik-baiknya website anda
berada dikedudukan 1-10 di mukasurat pertama untuk topik khusus (niche) website anda.
Jika nak pastikan halaman web anda disenaraikan dalam enjin carian Yahoo, Google, MSN dan sebagainya, anda harus 'optimize' kan halaman web anda melalui teknik 'search engine optimization' (SEO).
Khidmat nasihat untuk SEO akan memerlukan perbelanjaan kurang-lebih RM1000 keatas, bergantung kepada syarikat yang
menawarkan perkhidmatan SEO.
Saya juga pernah menelefon beberapa syarikat tempatan yan menawarkan perkhidmatan membina website termasuk web-hosting dan membeli nama domain. Bayaran yang mereka kenakan adalah disekitar RM2000 ke atas untuk semua itu.
Itupun untuk package terendah, dengan kapasiti terhad.
Belum lagi disebut perkhidmatan Search Engine Optimisation (SEO), itu akan memerlukan bayaran lebih.
Saya mula buntu kerana memikirkan kos yang terlalu tinggi untuk membina website yang baik dan mempunyai kadar trafik (pengunjung) yang tinggi.
Saya terfikir, mungkinkah saya telah membuat keputusan yang salah untuk berniaga di internet?
Site Build...Apa?
Ketika sedang melayari internet, saya terjumpa sebuah syarikat bernama SiteSell yang menawarkan produk bernama Site Build It (SBI) untuk usahawan internet yang ingin berjaya dalam perniagaan mereka.
Saya telah memuat-turun (download) beberapa buah e-book percuma daripada halaman web Sitesell untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk tersebut.
E-book yang paling penting dalam SBI adalah ACTION GUIDE yang memberi maklumat terperinci tentang perniagaan internet
yang efektif, teknik-teknik untuk memulakan perniagaan di internet, topik 'niche' (khusus) yang sesuai untuk website, kata-kunci (keywords) yang sesuai untuk enjin carian, pemasaran internet yang berkesan, cara membina website yang terbaik dan bermacam-macam perkara lagi.
Ia merupakan 'kursus' 10-hari dan diberi secara percuma oleh SBI, tak kira sama ada anda menggunakan perkhidmatan SBI untuk membina halaman web atau tidak. ACTION GUIDE juga boleh didapati dalam bentuk HTML di internet.
Saya juga telah mengkaji beberapa buah website yang menggunakan SBI dan mendapati kedudukan mereka agak tinggi dari segi trafik (pengunjung). Maklumat jumlah trafik di sesebuah halaman web dan kedudukan (ranking)
trafik dapat diperolehi di Website Alexa.
Setelah meneliti SBI dan ciri-ciri (features) yang sedia ada pada SBI, saya telah mengambil keputusan untuk melanggan perkhidmatan Site Build It.
Salah satu sebab saya tertarik dengan SBI adalah disebabkan tawarannya yang anti-get-rich-quick (bukan skim cepat kaya).
Website yang dibina melalui SBI adalah penuh dengan informasi dan fakta, bukan hanya suatu one-page proposal (halaman web satu muka-surat yang dibina hanya untuk menjual produk).
Enjin carian kini semakin bijak dan tidak akan memberi ranking (kedudukan) yang tinggi kepada laman web yang semata-mata untuk mempromosikan jualan sahaja.
Perniagaan internet adalah amat sesuai untuk kaum wanita yang ingin menjaga anak-anak dirumah tetapi ingin mencari rezeki yang tidak memerlukan mereka untuk ke pejabat.
Ia juga sesuai untuk mereka yang bekerja tetap dan ingin mencari sumber pendapatan tambahan kerana boleh dilakukan secara sambilan.
Saya sedar bahawa keputusan yang saya ambil adalah terbaik apabila baru-baru ini, Perdana Menteri kita telah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen.
Disebabkan harga minyak petrol telah naik, kos pengangkutan (transport) telah menjadi tinggi dan cara berniaga yang melibatkan penggunaan kereta (seperti menjual produk dan perkhidmatan dari rumah-ke-rumah), akan mengurangkan keuntungan bersih yang diperolehi.
Alangkah lebih baik jika kita berniaga di internet sebagaimana orang-orang di Amerika dan Eropah.
Kita tidak perlu memandu kereta ke sana-sini untuk berjumpa dengan pelanggan. Kita boleh berjimat kos kerana tidak perlu membeli minyak petrol selalu.
Anda hanya perlu memasang internet di rumah atau menggunakan kemudahan internet di cybercafe atau pejabat.
Jika anda hanya ada 30 minit sehari untuk menyiapkan website anda, tak apa.
Anda boleh membina website anda secara perlahan-lahan. Yang penting adalah kualiti website anda dan usaha anda adalah konsisten.
Sila CLICK untuk peluang perniagaan internet bersama Site Build It.
Dapatkan E-book Percuma (Free E-books).
|
|
|
| |
| Internet Sebagai Sumber Rezeki |
| 03.16.06 (3:06 pm) [edit] |
Pada masa kini, ramai yang mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.
Tahun 1980an yang lalu, jika
suami sahaja yang bekerja sudah memadai bagi memberi makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak. Zaman sekarang kedua suami-isteri perlu bekerja, paling kurang pun isteri kerja part-time atau berniaga.
Setelah alaf baru, harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Semakin kecillah nilai wang kita. Jika dulu dengan RM1 kita boleh beli 5 biji kuih karipap, sekarang RM1 pun tak cukup untuk membeli satu botol air coca-cola.
Ramai kaum wanita telah memasuki bidang MLM (multi-level-marketing), atau menjual insurans dan unit trust, atau berniaga nasi lemak dan kuih-muih di pejabat mereka untuk mendapat rezeki yang lebih.
Tetapi...
Dengan meningkatnya harga minyak petrol:
1.)Kos perjalanan menggunakan kereta dan motosikal semakin tinggi.
2.)Walaupun setakat ini pengangkutan awam tidak banyak terjejas tapi sampai bilakah mereka boleh berkhidmat tanpa menaikkan tambang bagi menampung kos minyak yang tinggi?
Jadi apakah penyelesaiannya bagi kaum wanita khususnya dan orang Melayu amnya bagi mengatasi masalah ini?
Adakah kita akan terus berharap dan meminta subsidi dari kerajaan?
Adakah kita akan menghadkan pemakanan kita untuk menjimatkan kos? Takkan kita nak biarkan anak-anak kita makan sekali sehari sahaja?
Adakah ada cara lain untuk membuat pendapatan sambilan, tanpa memerlukan kita keluar dengan kereta atau kenderaan awam (bas, LRT, komuter)?
Sudah tentu ada!
Dan jawapannya adalah melalui Perniagaan Internet.
_________________________ ________
Disclaimer:
Segala catatan, nota dan penulisan di dalam Blog ini adalah pendapat pemilik Blog ini. Panduan dan nasihat yang terkandung adalah bertujuan baik dan bersifat umum. Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk anda.
Pihak tBlog, pemilik Blog ini (internetmelayu.tblog.com) dan wakil-wakil mereka TIDAK memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan Blog ini dan TIDAK akan bertanggungjawab dengan apa-apa liabiliti ataupun kerugian kepada mana-mana pihak yang terbit daripada keputusan yang anda buat.
_________________________ ________
|
|
|
| |
|
|