Internetmelayu's Blog

INFORMASI PERNIAGAAN & PEMASARAN INTERNET


Blog For Free!


Archives
Home
2006 August
2006 July
2006 June
2006 April
2006 March

My Links
Blog Paling Bosan
Xsitepro
Site Build It (SBI)
RSS Reader
Hostgator Webhosting
Wilsonweb Guide
Wordtracker
GoodKeywords.com
Paypal
2Checkout
Moneyclicking.net
Blog SmartUsaha
AnggerikPesonaCollection
Forum WangCyber
Melayu.com
Affiliate Marketing Intensive

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Increase your web site's income today!


Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Website Counter
Cortislim


Google Adsense untuk Website atau Blog Anda.
04.16.06 (3:37 pm)   [edit]

Salah satu cara untuk menjanakan pendapatan tanpa mengeluarkan modal ialah dengan mempamerkan iklan Google Adsense di website anda. Anda boleh mendaftar di:

Macam Mana Nak Jadi Ahli Google Adsense?

  • Harus ada Website sendiri, sebaik-baiknya Website berbahasa Inggeris dan penuh dengan kandungan menarik (content-based website) ATAU
  • Menjadi AHLI di Blogger.
  • ATAU

  • Menjadi AHLI di Writing Up.
 
Tidak Ada Website Tapi Ingin Menambahkan Pendapatan Melalui Internet?
04.13.06 (11:13 am)   [edit]

Jika anda tidak mempunyai website, anda masih boleh menjadi ahli program afiliasi kerana sesetengah program ada menawarkan website percuma untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Adakalanya keahlian program afiliasi ditawarkan hanya kepada pengguna produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat. Ia adalah sebagai tanda terima kasih kepada pengguna.
Hanya orang yang pernah menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut yang boleh menilai dan memberi pandangan SEBENAR mengenainya.

Saya adalah salah seorang yang menggunakan perkhidmatan dan produk Site Build It (SBI) dan menjadi ahli afiliatnya sekali.Pengguna SBI diberi satu nama domain, webhosting, pembina website, e-book percuma, SEO (Search Engine Optimisation) pada pembina website, perisian Brainstorming dan macam-macam lagi.
Perkhidmatan SBI berharga US$299 setahun (kurang lebih RM1200/setahun). Saya amat berpuas hati dengan produk tersebut tetapi akui mungkin ramai akan dapati harganya terlalu mahal.

Anda juga boleh menjadi afiliat untuk produk seperti e-book. Ini semua bergantung kepada siapa target pengguna anda. Sebuah e-book yang berharga US$49 masih murah bagi orang yang tinggal di Amerika Syarikat dan Eropah kerana US$49 itu UMPAMA RM49 untuk mereka. Malangnya, bagi kita di Malaysia, US$49 itu adalah sebenarnya lebih kurang RM200.
Tidak mungkin orang Malaysia akan membeli e-book yang berharga RM200 (sebuah) kerana ia terlalu mahal. Mungkin kita akan membeli sebuah buku di kedai yang berharga diantara RM5-RM70, tetapi tidak ramai yang akan membeli buku berharga RM200 kecuali jika ia sebuah Encyclopaedia atau buku teks khusus untuk universiti.

Jika anda ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai menjanakan pendapatan di internet dan menjadi ahli afiliat sekaligus, anda bolehlah ke Website Make-Money-Guru.com
Ia menawarkan dua (2) e-book berbahasa Inggeris dan kupon RM100 untuk Webhosting yang boleh digunakan pada bila-bila masa (tidak akan expired).
E-book tersebut menceritakan dengan lebih terperinci mengenai SEO, blogging dan cara memjanakan pendapatan sambilan di internet. Anda hanya perlu membayar RM60 sahaja dan terus diberi keahlian didalam program afiliat mereka.
Website percuma, banner-banner dan link afiliat juga diberi bagi memudahkan kerja promosi anda. Jika anda benar-benar berminat untuk menyertai program afiliat tanpa kos yang tinggi, mulakan di sini.

Hanya RM 60 untuk 2 E-book bernilai RM 206 + RM 100 Web hosting Kupon! Sila klik disini!

Jana wang melalui internet di make-money-guru.com

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
 
Program Afiliasi Bagi Mereka Yang Tidak Ada Barangan Sendiri Untuk Dijual
04.10.06 (5:55 pm)   [edit]

Walaupun anda tiada barangan atau perkhidmatan sendiri untuk dijual, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat cara mudah untuk anda menjanakan pendapatan melalui internet.
Salah satu caranya adalah melalui Program Afiliasi (Affiliates Programs / Associate Programs).

Apakah Program Afiliasi?
Ia adalah sesuatu teknik pemasaran yang digunakan oleh website-website / syarikat-syarikat di internet untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka dengan memberikan komisyen (bayaran) kepada seseorang yang berjaya mempromosikan barangan atau perkhidmatan tersebut kepada orang ramai.
Sebagai afiliat sesebuah program afiliasi, anda adalah wakil penjualan kepada produk atau perkhidmatan tersebut.
Anda diberi dorongan dan akan lebih bersemangat untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh program afiliasi tersebut kerana setiap jualan akan mendapatkan anda komisyen.

Contoh:
Misalnya, Ali adalah afiliat (affiliate) kepada www.kedai-kasut-aku.com dan memperkenalkan Nurul kepada website tersebut melalui website afiliat Ali atau link afiliatnya. Nurul membeli sepasang kasut berharga RM50 daripada www.kedai-kasut-aku.com. Www.kedai-kasut-aku.com membayar 20% komisyen daripada setiap jualan. Maka Ali akan mendapat komisyen sebanyak RM10 daripada jualan tersebut. Johan pula membeli kasut bola berharga RM100 daripada website afiliat Ali, maka Ali akan mendapat komisyen RM20 pula. Tanpa perlu membuka kedai kasut sendiri, Ali telah mendapat komisyen afiliat RM30 dengan mudah sekali!

Terdapat berbagai cara promosi untuk program afiliasi iaitu program afiliasi tersebut:

  • Menawarkan website percuma untuk mempromosikan barangan / perkhidmatan mereka.
  • Tidak menawarkan website, tetapi menyediakan berbagai link khusus dan banner-banner menarik.
  • Yang menyediakan kesemua diatas (website khas, link dan banner).
  • Program Afiliasi kebanyakannya akan membayar afiliat (affiliates) mereka melalui:

  • Cek
  • Melalui akaun bank (syarikat tempatan biasanya akan Maybank2u, syarikat luar negara hanya akan menawarkan direct bank transfer jika anda mempunyai akaun bank di negara mereka)
  • Wang pos / bank draf (syarikat tempatan sahaja).

Jumlah dan kekerapan bayaran:

  • setiap bulan, setiap 4 bulan atau setiap 6 bulan, bergantung kepada program afiliasi tersebut.
  • Biasanya anda akan hanya menerima bayaran setelah komisyen mencecah RM25, RM50 atau RM100 (bagi program tempatan) atau US$50, US$100, US200 (bagi program afiliasi luar negara).
  • Tahap dan Peringkat Program Afiliasi:
    Terdapat program afiliasi yang menawarkan komisyen berperingkat atau bertahap (tiered-commission) di mana anda akan dibayar beberapa peratus daripada hasil jualan anak buah (downline) dibawah anda.
    Selalunya, di internet, tahap bayaran hanyalah setakat peringkat kedua (tier-two).
    Ada juga yang tidak menawarkan komisyen untuk orang yang diperkenalkan (down-line) tetapi biasanya program seperti ini kurang mendapat sambutan orang ramai.
    Ada program afiliasi yang menawarkan komisyen hingga ke tahap kelima (tier-five) dan sebagainya tetapi ini adalah jarang sekali bagi program afiliasi di internet kecuali jika perniagaan tersebut adalah sebenarnya MLM (multi-level-marketing).

    Perhatian: Jangan terus menerjunkan diri untuk mana-mana program afiliasi sebelum membaca terma-terma dan syarat yang terkandung.
    Anda mungkin kena ban (digantung) daripada menyertai sesebuah program afiliasi jika anda mengamalkan SPAM dan lain-lain aktiviti yang dilarang dari segi undang-undang negara Malaysia dan undang-undang antarabangsa (international laws). Kini, program afiliasi (terutamanya dari luar negara) amat memilih (selective) tentang siapa yang mereka benarkan mempromosikan program mereka.

     
    Memilih Nama Domain
    04.07.06 (6:36 pm)   [edit]

    Apakah nama domain?
    Nama domain mengenalpasti satu atau lebih alamat IP (internet protocol). Nama domain digunakan pada URL untuk mengenalpasti laman web (web pages). Sebagai contoh, pada URL www.melayu.com/sembang2, nama domain ialah melayu.com.
    Disebabkan pengendalian internet adalah berdasarkan alamat IP dan bukan nama domain, setiap server web memerlukan server Sistem Nama Domain (Domain Name System/DNS) untuk menterjemahkan nama domain kepada alamat IP.

    Apakah alamat IP?
    Nombor unik yang digunakan adalah seumpama alamat pada surat dan membolehkan rangkaian internet dikenalpasti dan berkomunikasi.
    Contoh IP untuk Malaysia: 219.93.XXX.X - 219.93.XXX.XXX, dimana alamat IP yang dikelolakan oleh TMNet adalah diantara: 219.93.152.0 - 219.93.183.255.
    Contoh IP untuk England (UK): 60.XX.XXX.XX (dimana X adalah nombor-nombor unik untuk rangkaian internet di sana).

    Disebabkan adanya alamat IP (IP address), saya boleh mengenalpasti pengunjung tBlog InternetMelayu berasal dari mana, sama ada Malaysia atau negara-negara lain.
    (Sila lihat pada dua kotak disebelah kiri-atas [top-right] yang bertulis NeoCounter. Kalau tak nampak, sila tekan butang refresh ATAU right-click pada mouse anda dan pilih refresh.)

    Diatas adalah serba-sedikit mengenai nama domain dan alamat IP. Saya TIDAK akan bercerita panjang tentang perkara tersebut. Kalau nak tahu dengan lebih mendalam (lebih teknikal) lagi tentang nama domain dan alamat IP, sila cari di enjin carian (Yahoo, Google, MSN dan sebagainya).

    Untuk memilih nama domain yang sesuai untuk website anda, anda boleh:

    • Gunakan nama produk utama / topik utama (main niche) anda didalam nama domain.
      Sebagai contoh, jika website anda adalah tentang golf, nama domain yang boleh digunakan ialah: golf.com, golf.com.my, peralatan-golf.com.my, maingolf.com.my dan sebagainya.
      (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN).
    • Gunakan nama perniagaan atau kedai anda seperti: tesco.com, majuberhad.com, jayajusco.com.my, kedai-baju.com, arkitek-perunding.com.my
      (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN)
    • Gunakan nama sendiri seperti: aznilhajinawawi.com.my, sitinurhaliza.com, pakcik-macam-macam-ada.com, nama-aku.com.my
      (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN).
    • Gunakan apa-apa sahaja sebagai nama domain asalkan tidak mempunyai unsur pornografi (lucah), dadah, perkauman, perjudian, jenayah dan unsur-unsur negatif yang lain.
      Contoh nama domain yang berbeza dan tidak ada kaitan dengan produk, perkhidmatan atau nama pemiliknya: google.com, yahoo.com, altavista.com.
      (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN).

    Cara Menentukan Nama Domain Manakah Yang Terbaik?

    Terdapat berbagai pendapat tentang perkara ini. Semua bergantung kepada sama ada anda mempromosikan perniagaan (syarikat / kedai) ATAU produk (barangan) ATAU perkhidmatan (servis yang ditawarkan) ATAU topik niche.

    Jika anda tetap ingin menggunakan nama anda pada nama domain, letakkan sekali jenis produk atau perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan supaya pengunjung laman web anda tidak tercari-cari dan tidak terkeliru dengan apa yang ingin anda tawarkan kepada mereka.
    CONTOH:amir-jurugambar-pe rkahwinan.com.my, bajukurungnatasya.com, minah-catering.com.my, klinikmamatdanrakan.com.
    Anda boleh memilih nama domain seperti kedai-abu.com atau kedaiabu.com (tanpa simbol '-'). Ini bergantung kepada anda.

    Sebaik-baiknya, anda pilihlah nama domain yang memberi gambaran barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan.

     
    Jika Anda Mempunyai Produk atau Kedai Sendiri ...
    04.06.06 (11:36 am)   [edit]

    Saya rasa paling mudah untuk ceritakan mengenai hal ini ialah dengan memberikan contoh:

    Contoh: Anda mempunyai kedai menjual bunga di Kelana Jaya. Di kawasan anda pun terdapat banyak kedai bunga yang lain yang menjadi persaingan. Maka anda ingin meluaskan lagi perniagaan anda ke kawasan lain di Kuala Lumpur dan Selangor (Lembah Kelang). Anda telah mendapat ilham untuk mempromosikan perniagaan anda di internet.

    Langkah-langkahnya:

    • Adakah anda akan mempromosikan PRODUK (bunga-bungaan) sahaja atau KEDAI (kedai bunga) anda atau kedua-duanya sekali?
    • Pastikan barangan yang akan anda jualkan di internet. Adakah anda akan mempromosikan dan menjual semua produk di kedai anda melalui internet? Atau adakah anda akan hanya mempromosikan barangan tertentu sahaja di internet?
    • Jika anda menjual produk, anda harus letakkan gambar dan spesifikasi produk tersebut di website anda agar pengunjung mendapat maklumat mengenai produk tersebut dan boleh membuat pilihan yang tepat sebelum membeli. Adakah anda mempunyai kamera digital untuk mengambil foto produk tersebut? Sebagai contoh, kedai bunga akan memerlukan gambar bunga-bunga yang dipromosikan untuk menunjukkan jenis-jenis bunga, cara susunan, pakej hiasan dan saiz. Kebanyakkan orang tidak akan membeli produk jika mereka tidak tahu rupa produk tersebut. Jika anda hanya menulis fakta sahaja tetapi tidak disertakan gambar, orang ramai tidak akan berminat membelinya. Jika anda menunjukkan gambar produk sahaja tanpa spesifikasi dan maklumat lanjut, orang ramai pun tidak akan berminat membelinya kerana mungkin tidak percaya dengan promosi tersebut.
    • Sebagaimana yang disebut di posting-posting dibawah sana, rangkakan terlebih dahulu apa yang anda hendak sampaikan di website anda nanti. Tuliskan maklumat, jenis produk dan sebagainya. Anda boleh gunakan kertas A4 untuk mereka-bentuk (design) bakal website anda nanti. Tentukan latar (layout) website anda, cara susunan produk dan maklumat. Rancangkan terlebih dahulu rupa website anda, dan mukasurat (web pages) yang akan anda bina. Tentukan sama ada website anda akan mempunyai satu mukasurat sahaja, atau lima mukasurat atau lebih. Lukis setiap mukasurat dan tentukan reka bentuknya pada kertas A4.
    • Setelah anda berpuas hati dengan perancangan anda dan sudah memikirkan rancangan anda sebaik-baiknya, anda boleh memikirkan cara untuk mereka-bentukkan website anda dengan perisian-perisian seperti Microsoft Frontpage, Dreamweaver atau Xsitepro.
    • Memilih dan membeli nama domain. Sebaik-baiknya pilihlah nama domain yang berkaitan dengan perniagaan anda. Misalnya jika anda menjual bunga kepada orang di Malaysia sahaja, pilih nama seperti 'bunga.com.my' atau 'kedaibunga.com.my'. Jika perniagaan anda mempunyai pelanggan dari luar negara (anda mempunyai kemudahan untuk mengirim bunga ke negara lain), pilih nama domain seperti 'flowers.com' atau 'buyflowers.com'.
    • Pilih webhosting yang sesuai. Selalunya jika anda melanggan perkhidmatan webhosting anda juga boleh membeli nama domain dari mereka atau mereka akan memberi nama domain percuma dengan pakej yang dilanggan.
    • ATAU, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang menyediakan kesemuanya - perisian mereka-bentuk website, Webhosting, nama domain dan SEO (seach engine optimisation) seperti Site Build it (SBI).
    • INGAT! Kaji dulu sebelum terus membeli perisian membina website, nama domain dan webhosting! Setiap langganan perkhidmatan internet dikira dari setahun ke setahun. Baca posting: Kaji Sebelum Membeli dan Membina...

    Contoh kedai bunga di internet:
    Blooming.com.my
    (Sila right-click pada link diatas dan pilih open in new window agar anda tidak terkeluar dari tBlog Internetmelayu. Satu tetingkap pop-up akan dibuka.)

    Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

    _________________________ _____________

    Disclaimer: Segala catatan, nota dan penulisan di dalam Blog ini adalah pendapat pemilik Blog ini. Panduan dan nasihat yang terkandung adalah bertujuan baik dan bersifat umum.
    Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk anda.
    Pihak tBlog, pemilik Blog ini (internetmelayu.tblog.com) dan wakil-wakil mereka TIDAK memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan Blog ini dan TIDAK akan bertanggungjawab dengan apa-apa liabiliti ataupun kerugian kepada mana-mana pihak yang terbit daripada keputusan yang anda buat.

    _________________________ _____________

     
    Langkah2 Sebelum Memulakan Perniagaan Internet
    04.06.06 (9:56 am)   [edit]

    Ada diantara sahabat-sahabat saya telah menanyakan bagaimana hendak memulakan perniagaan internet. Bagi mengelakkan anda kerugian wang, sila membuat kajian terlebih dahulu!

    1.)Baca dulu posting yang saya telah tulis dibawah sana. Faham isi kandungannya baik-baik. Maaf jika topik tidak teratur, kerana saya menulis berdasarkan pengalaman saya kini, jadi bila timbul isu-isu semasa, saya akan menulis mengenai topik berikut, sebagai contoh, mengenai bertemu dengan tokoh internet Irfan Khairi di PWTC.

    2.)Pilih topik atau produk yang ingin anda sampaikan di website anda nanti. Tentukan:

    • anda menjual produk sendiri atau tidak ada apa-apa produk?
    • anda akan menjalankan sepenuh masa atau secara sambilan?
    • Berapakah modal yang anda mampu keluarkan? RM100, RM300, RM500, RM1000 atau lebih atau tidak ada modal?
    • Perniagaan internet BUKAN skim cepat kaya. Usaha hari ini mungkin akan membuahkan hasil setahun kemudian. Mampukah anda bersabar dan bertahan?
    • Adakah anda benar-benar minat tentang topik yang dipilih? Jangan hanya memilih topik yang menguntungkan tetapi anda tidak minat. Duit tidak akan datang terus pada hari pertama website anda on-line. Anda harus tekun dan usahakan topik tersebut.
     
    Menerima Bayaran dari Pelanggan Internet
    04.05.06 (11:48 am)   [edit]

    Bagaimana hendak menerima bayaran dari pelanggan anda di Internet?

    Ini semua bergantung kepada sama ada:

    a.)Pelanggan berasal dari Malaysia (local clients).

    b.)Pelanggan anda dari serata dunia (international clients).

    Jika pelanggan anda dari Malaysia:

    1.)Anda boleh menyuruh mereka Maybank2U-kan wang kepada akaun anda.
    2.)Suruh mereka depositkan bayaran ke akaun bank anda melalui mesin ATM.
    3.)Pelanggan membayar melalui kiriman wang pos atau draf bank.
    4.)Melalui kad kredit dengan mengisi borang transaksi di laman web (secured credit card transaction via internet).

    Jika pelanggan anda dari Luar Negara:

    1.)Anda harus mencari kemudahan untuk menjalankan transaksi perniagaan melalui kad kredit.
    2.)Menggunakan kemudahan penerimaan bayaran seperti Paypal atau 2checkout.com.

    Di sini saya ingin meluahkan rasa kecewa saya kerana beberapa program di internet tidak menerima pengguna internet yang berasal dari Malaysia. Antara mereka ialah:

    1.) Clickbank
    (sila 'right-click' link diatas dan pilih 'open in new window' untuk melihat borang penyertaan mereka.)
    "We accept clients from over 100 countries. If your country is not listed we cannot offer you an account at this time."
    Clickbank menawarkan beberapa e-produk yang menarik untuk dipromosikan melalui program afiliasinya dan juga kemudahan untuk menjual e-produk anda di laman mereka. Mereka memberi kemudahan penerimaan bayaran melalui kad kredit untuk klien anda yang berasal dari luar negara.
    Clickbank tidak membenarkan pengguna internet dari Malaysia menyertai program mereka.

    2.) Commission Junction
    Commission Junction juga seperti Clickbank, ada menawarkan beberapa produk menarik pada program afiliasi (affiliate programs) mereka.
    Commission Junction juga tidak membenarkan pengguna internet dari Malaysia menyertai program mereka.

    Alasan mereka:
    1.)Banyak penipuan kad kredit dilakukan oleh orang Malaysia seperti menggunakan nombor kad kredit palsu.
    2.)Orang Malaysia membeli e-produk dan kemudian meminta 'refund' (minta balik wang) tetapi masih menggunakan e-produk tersebut.

    Itulah, kerana nila setitik ... kita semua terlepas banyak peluang di internet!
    Selagi mereka tidak yakin dengan pengguna internet di Malaysia, selagi itulah kita kena blacklist dan di-ban.

    Jika ingin menerima bayaran di internet, saya cadangkan anda gunakan kemudahan:
    Paypal
    ATAU
    2checkout.com.

     

    Internetmelayu Blog Feed

    Google

    :: MalaysiaTopBlogs ::

    NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!