Internetmelayu's Blog

INFORMASI PERNIAGAAN & PEMASARAN INTERNET


Blog For Free!


Archives
Home
2006 August
2006 July
2006 June
2006 April
2006 March

My Links
Blog Paling Bosan
Xsitepro
Site Build It (SBI)
RSS Reader
Hostgator Webhosting
Wilsonweb Guide
Wordtracker
GoodKeywords.com
Paypal
2Checkout
Moneyclicking.net
Blog SmartUsaha
AnggerikPesonaCollection
Forum WangCyber
Melayu.com
Affiliate Marketing Intensive

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Increase your web site's income today!


Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Website Counter
Cortislim


Esok Balik Selangor...
06.28.06 (5:03 pm)   [edit]

Esok saya balik Selangor. Yelah, nak pergi macam-macam kursus. Tapi maknanya saya tak ada internet access coz kat rumah sewa saya tak ada phoneline. Kena pergi cybercafelah nanti.
InsyaAllah nak pindah soon, sebab itulah tak ada phoneline, akan di install kat rumah baru (rumah kami yang pertama dibeli). Dah fed-up duduk rumah sewa je bertahun-tahun!.

Kat Terengganu ni, di install Linksys Wireless-G Broadband Router. Kami plan nak ada wireless internetlah kat rumah baru kami nanti. Tak nak semak rumah dengan wayar kiri-kanan.

 
Mengapa & Bagaimana Saya Melibatkan Diri Dalam Bidang Ni...
06.27.06 (10:49 am)   [edit]

Pagi ni saya terasa pula nak kongsi cerita kenapa dan bagaimana saya telah melibatkan diri di dalam bidang pemasaran dan perniagaan internet ni.
Sebenarnya saya dah lama minat komputer, sejak saya umur 9 tahun lagi. Zaman tu tahun 1985. Komputer pertama ayah saya beli untuk family kami ialah Sinclair QL. Saya banyak menghabiskan masa belajar buat BASIC programming dan juga main games. Saya sempat juga try komputer jenis Commodore 64 (kat sekolah) dan permainan ATARI. Oh ye, masa tu saya duduk kat Scotland, UK. Rasanya time tu kat Malaysia belum ada lagi personal computers (saya tak pasti).
Tahun 1995, ayah pasang internet kat rumah di KL. Saya banyak menghabiskan masa chatting dan surf websites. Masa tu dah umur 19. Bila fikir balik sekarang, bodoh gak aku masa tu coz tak fikir pun nak buat duit kat internet!
Tahun 1996-2000, saya telah sambung pelajaran kat England. Kali ni internet adalah tempat untuk saya research thesis dan maklumat dan untuk buat lukisan autoCAD, 3-D design, etc. Thesis untuk degree saya adalah tentang QFD (quality function deployment) dan penggunaan QFD software untuk bidang Construction. Kalau ditanya balik hal tu, saya pun dah tak ingat. Then masa saya sambung Masters saya buat thesis tentang information technology in construction (dari segi implikasi kerjaya dan management).
Macam best je, kan? Tapi bila balik Malaysia, saya tak ada kerja! Bidang saya ambil tu tak ada di sini. Nasib baik saya tak perlu bayar loan pelajaran coz semua dah convert jadi biasiswa.
Selepas 6 bulan lebih menganggur, barulah dapat kerja sebagai quantity surveyor, tapi itu bukan bidang saya pun.
Dalam 4-5 tahun setelah graduate, saya telah bekerja di hampir 8 buah syarikat (on and off). Saya juga melibatkan diri dalam MLM, insurans dan unit trust untuk menambahkan pendapatan.
Saya memang rasa frust tapi saya tidak pernah lupa minat saya terhadap komputer dan internet.
Time frust itu lah saya decide nak langgan on-line game, World of Warcraft. Berbulan-bulan duit gaji dan masa diluahkan ke situ je.
Luckily, pada masa yang sama, saya juga membeli buku tentang internet marketing - Corey Rudl, Sen Ze, Irfan Khairi dan buku-buku lain seperti Donald Trump. Saya juga pergi ke kursus intro (free) internet business yang dijalankan oleh pakar dari luar negara.
Sekarang saya dah ada website dan beberapa buah blogs. Saya plan nak expand lagi bisnes saya ni nanti.
Ye, memang sometimes saya terasa gak nak kerja di dalam bidang construction engineering coz ada orang komen saya merugikan pelajaran saya je. And sometimes lonely gak kerja mengadap PC je, tanpa rakan sekerja. Nasib baiklah ada forum seperti melayu.com dan wangcyber.com.
Ada gak orang hairan kenapa saya nak buat perniagaan internet full-time?
The thing is, saya yakin akan bisnes saya ni. Maybe ayah dan family tak setuju, kawan-kawan pun suruh cari kerja tetap, but InsyaAllah, saya akan berjaya.

Oh ye, hari ni ayah saya punya birthday. Birthday ke-54. Happy birthday Ayah! Live long & prosper.

 
Carilah Niche Yang Sesuai Untuk Anda
06.26.06 (8:16 pm)   [edit]

Seringkali kita mendengar tentang membuat website "niche", mencari "niche" dan memilih "niche" yang sesuai.

Apakah maksud "niche"?
Kalau ikut kamus Inggeris, "niche" ialah:

1.)A situation or activity specially suited to a person's interests, abilities, or nature.
Satu situasi atau aktiviti yang bersesuaian dengan minat, kemahiran dan perangai seseorang.

2.)A special area of demand for a product or service.
Satu permintaan khusus dan spesifik untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Contoh: khidmat nasihat untuk insuran, khidmat guaman, alat membantu pendengaran dan lain-lain.

Di dalam usaha kita membuat perniagaan dan pemasaran di internet, kita harus mengetahui jawapan kepada dua faktor diatas.
Apakah minat anda?
Apakah kepakaran yang anda sedia ada?
Adakah anda cukup bersedia, terutamanya dari segi mental untuk menghadapi kesukaran dan rintangan yang bakal menjelma?
Adakah terdapat permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang hendak dipromosikan?

Membuat perniagaan di internet bukan sekadar meletakkan website dan mengiklankan barangan dan produk. Anda harus ada perancangan untuk masa hadapan.
Sebelum anda membeli webhosting dan membuat website, fikir dulu baik-baik dan letakkan 'plan' anda diatas kertas. Kenalpasti "niche" anda. Anda pasti akan berjaya.

 
Commission Junction (CJ) Membenar Malaysians Mendaftar
06.25.06 (6:08 pm)   [edit]

Commission Junction (CJ) telah membuka semula pendaftaran kepada rakyat Malaysia.

Kalau dulu, CJ telah mem-ban-kan pendaftaran baru dari Malaysia atas sebab-sebab banyak penipuan kad kredit dan penipuan jualan produk yang dilakukan oleh orang dari negara kita.
Diharap semoga kita tidak akan di-ban sekali lagi.

Kalau berminat, sila mendaftar di:
website Commission Junction

Penting!
Ketika hendak mendaftar, anda mungkin tidak dapat melihat imej kod pada borang (mukasurat kedua). Ini adalah kerana firewall, pop-up blocker dan mungkin juga browser anda (biasanya Internet Explorer), telah 'block' imej tersebut daripada dilihat. Sila konfigurasikan komputer anda atau daftar pada PC lain.

 
Derek Gehl ke Malaysia Buat Pertama Kali!
06.24.06 (11:48 am)   [edit]

Saya baru dapat tahu yang Derek Gehl akan datang ke Malaysia buat pertama kali pada 1 Julai 2006 (Sabtu) nanti. Beliau adalah protege kepada Corey Rudl, yang telah mengasaskan marketingtips.com.

Datanglah ke Seminar Percuma (Free!) Bersama Derek Gehl:

Tarikh: 1 Julai 2006 (Sabtu)
Tempat:
Holiday Villa Hotel Subang,
Classics 2 Ballroom, Lobby Level 3,
Subang Jaya.
Masa: 2:30 PM - 5:30 PM (3 jam)
Daftar di sini:
www.AsiaMarketingTips.com

Seminar ini adalah percuma, so marilah kita ambil kesempatan ini untuk berjumpa Derek Gehl dan mempelajari ilmu perniagaan dan pemasaran internet!

 
Malapetaka Kritikal Kat Blog Ni Sekejap!
06.23.06 (12:45 pm)   [edit]

Saya ingin meminta maaf kerana sejak 1-2 hari ni Blog InternetMelayu dah terkena malapetaka kritikal pulak sebab semua tulisan jadi sangat kecik!

Sekarang saya dah 95% selesaikan masalah tersebut dan sekarang anda semua bolehlah baca blog saya ni tanpa menggunakan magnifying glass.

For your patience, ni sebuah VideoGoogle kelakar dari Google, CrazyFrog - We Are the Champions:

Hehehe...tekan 'play', then biar habis buffering...

 
Seminar Rahsia Buat Duit Di Internet oleh Team SaifulSham!
06.21.06 (7:29 pm)   [edit]

Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet

Tarikh: Sabtu, 8 Julai 2006 (Sabtu)
Tempat: Berjaya Times Square Hotel& Convention Center
Masa : 8.45pagi - 5.00petang
Pendaftaran:
Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet

Topik-topik:

Modul #1
"Cara Praktis Untuk Mengetahui Produk Apa Yang Sedang Dan Bakal Laris Di Pasaran"

Modul #2
"Buat Duit Dengan Internet Tanpa Modal"

Modul #3
"Kaedah Pemasaran Yang Menenggelamkan Persaingan"

Modul #4
"Tips-tips Kecil Secara Lisan Anda Perlu Catat Sendiri"

KLIK untuk mendaftar & maklumat lanjut tentang Seminar.

 
Dengar Teleseminar John Reese Secara Percuma
06.21.06 (11:20 am)   [edit]

Hari ni saya baru dapat email daripada Mr. John Reese untuk mendengar teleseminar beliau mengenai penggunaan lead generation untuk mendapat pendapatan yang sangat lumayan. Teleseminar ini adalah di dalam bahasa Inggeris dan adalah selama 90 minit:

Untuk mendengar Teleseminar John Reese, sila ke:
Teleseminar John Reese

Sebaik-baiknya anda download teleseminar berikut kerana mungkin beliau hanya akan letakkan link tersebut untuk sementara waktu sahaja.

Siapakah John Reese?
Beliau adalah seorang marketer (sejak 1990) yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang internet salesletter, list-building, traffic generator dan viral marketing. Biasanya kursus beliau dijual dengan harga yang agak mahal (bagi orang Malaysia kerana nilai matawang) jadi teleseminar percuma tersebut adalah bonus untuk kita semua.
Dibawah ialah link kepada salah satu produk yang dijual oleh John Reese (berharga US$997):
John Reese Traffic Secrets

Link tersebut bukanlah affiliate link kerana program afiliasi beliau hanya untuk warganegara USA, Canada, Australia, Ireland, England, New Zealand, Japan dan Paraguay sahaja.

 
Downloads Percuma!
06.21.06 (10:40 am)   [edit]

Di sini saya menyediakan link kepada website:
Anggerik Pesona Collection

Dengan penyertaan percuma, anda boleh download:

1.)Software
2.)Video & Audio
3.)Ebook - Internet Biz
4.)Panduan Perniagaan Di Internet
5.)Template
6.)Koleksi Resipi Rakyat Malaysia
7.)Koleksi Resipi Seluruh Dunia
8.)Belajar Bahasa
9.)...dan bermacam-macam maklumat lagi!

Support This Site
 
Kelas Adsense Pertama Kali Di Malaysia!
06.15.06 (3:55 pm)   [edit]

Sertailah Kelas Adsense & Affiliate Programme Bersama Kidino dan Shuth!

Buat pertama kalinya dua netpreneur (internet entrepreneur) dari Malaysia akan berkongsi tips dan rahsia mereka menjanakan pendapatan yang lumayan melaui internet!

Tarikh: 15 Julai 2006 (!Sabtu)
Masa: 8.30am - 5.30pm
Tempat:
Selangor Human Resource Development Centre,
Worldwide Business Centre, Shah Alam.
(dekat Tesco Shah Alam dan Pusat Akuatik Shah Alam.)
Speakers: 1.)Kidino 2.)Shuth
Yuran: RM297

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, sila ke:
Laman Web Kelas Adsense & Affiliate Programme

 
Adsense Alahai Adsense!
06.15.06 (3:12 pm)   [edit]

Sebagaimana yang pernah saya tulis di forum melayu.com/perkampungan:

JANGAN KLIK IKLAN GOOGLE ADSENSE SENDIRI !!!
Jika anda klik iklan sendiri, akaun anda akan digantung.
Apa-apa duit yang anda perolehi dari Adsense akan serta-merta di-freeze dan diambil oleh Google.
Google mempunyai cara untuk mengetahui IP address anda, dari mana anda log-in ke akaun Adsense dan dari mana anda akses website anda yang anda letak adsense.
Walaupun anda log-in komputer di cybercafe, rumah kawan, rumah saudara atau rumah sendiri, IP address tersebut akan mereka 'capture' dan 'record'.
Macam mana mereka boleh buat sedemikian?
Melalui iklan-iklan yang anda pamerkanlah. Setiap kali anda BUKA website sendiri, atau blog yang ada adsense anda, mereka akan record page impressions (berapa kali anda jengok website tersebut/blog), walaupun anda tidak klik ads sendiri.
Sebenarnya Google memang SPY penggunanya. Especially yang letak google adsense dan yang ada Google toolbar.

JANGAN SURUH ORANG LAIN KLIK ADSENSE ANDA UNTUK ANDA WALAUPUN KAWAN, SAUDARA-MARA, ETC.
Google boleh kesan IP address mereka. Anda akan di-ban.
Dan kerana Google dapat IP address tersebut, mungkin in the future kalau kawan / saudara anda nak apply Adsense, dah tak boleh atau kena reject.
Kerana IP address tersebut dikenalpasti sebagai punca click fraud.

Apakah maksud Click Fraud?
1.) Bila anda klik iklan sendiri untuk dapatkan duit.
2.) Bila anda suruh orang lain klik ad anda.
3.) Bila sesebuah ad/iklan di-klik banyak-banyak dalam masa yang singkat,
contoh: iklan di-klik sebanyak 20 kali dalam masa seminit.
4.) Bila ads diklik dari IP address negara yang SAMA banyak kali atau berulang-kali. Ini penting sekali!
Kalau Google lihat klik yang diperolehi kebanyakan berasal dari IP address negara yang sama, anda besar kemungkinan di ban.

Macam mana pulak orang USA yang ramai-ramai IP address dari negara yang sama?
Mereka lain! Google berasal dari USA maka untuk rakyat mereka peraturan berbeza.
Malah, tahukah anda yang jika anda TERIMA Klik dari USA atau Eropah, anda akan dibayar lebih mahal daripada jika klik tersebut berasal dari negara sendiri atau negara Asia?
Publisher (orang yang letak Adsense di website/blog) dari USA akan dibayar lebih mahal per click daripada Publisher dari negara Asia.
Mereka tahu asal kita dari mana dari alamat pada borang keahlian Adsense dan IP address PC kita.

Apa akan berlaku kalau kena ban?
1.) Anda tidak akan boleh log-in akaun adsense anda untuk dapatkan duit anda.
2.) Google akan ambil semua duit anda. Tak kira sama ada yang sebelum atau selepas kena click fraud.
3.) Google tak akan layan email dari anda. Langsung.
4.) Anda tidak boleh apply untuk Adsense seumur hidup. Jika apply pun, mereka akan reject akaun anda. Atau kalau diterima, mereka takkan kasi duit anda dan anda kena reject sekali lagilah. Buat apa letak Adsense kalau tak dapat duit kan?

So, kalau nak join, tolong jangan lakukan click fraud !!!!!!!!!

Kalau ramai sangat kena ban di Malaysia, nanti Google akan ban semua keahlian dari Malaysia dan kami tak dapat join program Google Adsense.
Cukuplah MALAYSIA dah kena ban dari program Clickbank dan Commission Junction kerana ramai buat penipuan...!

Selain dari Blogger, anda juga boleh jadi buat duit lebih dengan Adsense melalui: Writing Up.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

 

Internetmelayu Blog Feed

Google

:: MalaysiaTopBlogs ::

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!