 Blog For Free!
Archives
Home
2006 August
2006 July
2006 June
2006 April
2006 March
My Links
Blog Paling Bosan
Xsitepro
Site Build It (SBI)
RSS Reader
Hostgator Webhosting
Wilsonweb Guide
Wordtracker
GoodKeywords.com
Paypal
2Checkout
Moneyclicking.net
Blog SmartUsaha
AnggerikPesonaCollection
Forum WangCyber
Melayu.com
Affiliate Marketing Intensive
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
 Cortislim
|
| Video Rich Schefren Business Building Presentation |
| 07.21.06 (12:04 pm) [edit] |
|
Dibawah adalah Video daripada seminar Rich Schefren mengenai cara membina bisnes yang kukuh di internet:
Sila bersabar kerana mungkin Video ini akan loading dengan lambat. Video ini selama: 1 jam, 35 minit 54 saat.
|
|
|
| |
| Membaca Buku untuk Menambahkan Ilmu |
| 07.19.06 (10:12 pm) [edit] |
|
Ada juga yang bertanya kepada saya, apakah buku atau e-book yang pernah saya baca mengenai perniagaan dan pemasaran di internet...
Kalau yang ditulis oleh penulis tempatan, buku-buku yang saya pernah baca ialah:
1.)Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar - Dr. Irfan Khairi
2.)How to Use the Internet to Earn US Dollars in Your Pyjamas - Sen Ze
3.)How to Use the Internet to Earn a Massive, Passive Income in Your Pajamas! - Sen Ze
4.)Klik Untuk Kaya - Rosli Jamal
5.)Rahsia Buat Duit Dengan Internet - Sabri Hassan Assaari & Wan Syazwan Wan Sukri
6.)Adsense SEO Guide (ebook) - Kidino
7.)Chapter-M (ebook) - Gobala Krishnan
...dan banyak lagi e-book lain yang tak tertulis di sini.
Kalau yang luar negara, buku dan ebook oleh:
1.)How to Create a Fortune on the Internet: In Just Four Simple Steps - Corey Rudl
2.)SiteBuildIt Action Guide (e-book) - Ken Evoy
...dan banyak lagi e-book dari luar negara yang tak tertulis di sini.
Kenapa saya baca begitu banyak buku tentang perniagaan dan pemasaran internet?
Setiap penulis ada cara dan gaya tersendiri di dalam menyampaikan maklumat. Selain itu, penulis tertentu mungkin akan berkongsi topik khusus atau spesifik yang tidak ada pada buku orang lain.
Jika kita ingin berjaya di dalam apa-apa bidang, kita hendaklah menambahkan pengetahuan.
Tidak salah jika kita amalkan konsep continuous learning walaupun pada usia yang lanjut.
|
|
|
| |
| Web Content Percuma dari 1st-4-articles.com |
| 07.18.06 (7:42 pm) [edit] |
|
Seringkali kami sebagai webmaster terbuntu fikiran apabila memikirkan tentang penulisan artikel atau content untuk niche yang dipilih.
Ada yang telah membeli article sites yang mengandungi banyak template dan artikel tetapi isinya adalah TIDAK unik kerana apabila kita membelinya, orang lain pun akan membeli template sites yang sama dan akan timbul masalah duplicate content, iaitu isi kandungan yang serupa pada website yang berbeza.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan idea untuk menulis artikel adalah dengan menyuruh orang lain menulis artikel untuk anda. Anda boleh mengupah para pelajar atau saudara-mara anda untuk menulis artikel untuk anda.
Saya pernah juga menggunakan perkhidmatan penulisan artikel dari:
1st-4-articles.com
Artikel yang digubah oleh 1st-4-articles.com adalah unik dan percuma dan di dalam bahasa Inggeris. Topik yang diberi adalah terhad buat masa ini, tetapi artikelnya booleh dugunakan untuk menambahkan lagi isi kandungan website anda.
Artikel berbentuk 'one-off' ini mempunyai beberapa syarat yang harus dipatuhi sebelum anda menggunakannya. Sebelum melanggani perkhidmatan mereka, sila baca syarat dan terma di:
Publishing Rights: Terms & Conditions of Use
ps - pastikan website anda telah mempunyai beberapa buah artikel dan isi kandungan lain sebelum melanggani perkhidmatan 1st-4-articles.com kerana mereka tidak akan menerima website yang tidak ada isi kandungan atau artikel dan permohonan anda mungkin akan ditolak.
|
|
|
| |
| Kelas Adsense 15 Julai Hari Tu... |
| 07.18.06 (5:38 pm) [edit] |
|
Saya telah menghadiri Kelas Adsense & Affiliate yang telah dianjurkan oleh Encik Mohd. Farid Sulaiman dan disampaikan oleh saudara Kidino & Shuth di Selangor Human Resource Development Center di Shah Alam.
Kelas tersebut telah dimulakan dengan pendaftaran pada jam 8.30 pagi. Seramai 20 orang peserta telah hadir.
Tanpa membongkar tips-tips dan rahsia yang diberikan di kelas tersebut, cukuplah saya katakan bahawa penerangan yang diberi dibantu oleh slides, demonstrasi penggunaan teknik dan software, demonstrasi di internet dan case study website-website.
Ceramah dimulakan dengan topik pengenalan kepada Adsense yang telah disampaikan oleh saudara Shuth. Beliau juga menyampaikan topik mengenai tips-tips adsense. Penerangan mengenai niche, content dan trafik disampaikan oleh Kidino. Mr. Gobala Krishnan dan Mr. Sunny Tan adalah tetamu istimewa pada kelas tersebut dimana Sunny Tan telah memberi contoh case study dan Gobala Krishnan pula telah bercakap tentang blogging dan adsense.
Setelah selesai kelas tersebut, nampak macam kesemua peserta yang hadir berpuas hati dengan ilmu yang dipelajari. Memang tidak sia-sia kami ke kelas tersebut kerana tips-tips yang diberi amat berguna, tidak kira sama ada untuk mereka yang baru hendak memulakan program adsense atau mereka yang memang sudah ada website.
Sebenarnya, ada perbezaan ketara apabila kita belajar dengan hanya membaca e-book atau artikel. Melalui kelas atau seminar seperti ini, kita boleh bertanya terus kepada pakar-pakar program adsense & affiliate mengenai apa-apa yang kita tidak fahami dan dapat melihat terus teknik-teknik yang mereka gunakan melalui slideshow yang diberi dan case study.
Yang bagusnya, ceramah yang diberi bukanlah one-way sahaja tetapi para peserta juga memberi feedback mengenai pengalaman mereka dan berkongsi maklumat sesama sendiri. Dengan cara ini, semua orang dapat mempelajari perkara baru dan ada pembelajaran interaktif.
Mungkin ada baiknya jumlah peserta tidaklah begitu ramai kerana lebih mudah untuk berinteraksi dan ber-networking.
Di ceramah tersebut, terdapat ahli forum dari Wangcyber.com dan Melayu.com/perkampungan. Memang seronok dapat bersemuka kerana selama ini kami hanya jumpa di forum.
Akhir sekali, kami juga dikejutkan dengan surprise oleh saudara Shuth & Kidino...well, nanti tahulah...melalui forum Wangcyber.com...
So, kalau diadakan sekali lagi kelas Adsense & Affiliate, datanglah. Walaupun anda mungkin sudah ada akaun adsense dan meletakkan adsense di blog atau website, tidak salah kita 'expand' pengetahuan kita. Lagipun peluang untuk networking amat baik dan anda tidak akan rugi.
ps - Oh ye, hampir lupa nak cakap...kami juga diberi nota-nota dan CD berupa website template, ebook AdsenseSEO (Kidino) dan ebook Chapter-M (Gobala Krishnan) secara percuma.
|
|
|
| |
| Seminar Introduction AsiaMarketingTips.com |
| 07.14.06 (8:49 am) [edit] |
|
Sekali lagi pihak AsiaMarketingTips akan membuat seminar introduction untuk Seminar September yang akan diadakan oleh Derek Gehl pada bulan September nanti.
THE ULTIMATE INTERNET ENTREPRENEUR
INTRODUCTORY WORKSHOP
Malaysia
Tarikh : 22-Julai-2006, Sabtu
Masa : 2:30 PM - 5:00 PM
Tempat : Hilton PJ Hotel, Teratai 1 & 2, Level 2, Jalan Barat, Petaling Jaya.
Untuk Mendaftar:
Online : www.AsiaMarketingTips.com
Telefon: 03-8076 1811
ps - Maklumat Terkini:
saya telah email kepada pihak AsiaMarketingTips.com dan mereka telah menjawab bahawa kali ini Mr. Derek Gehl TIDAK akan hadir di seminar introduction pada 22 Julai nanti kerana sudah pulang ke Canada.
Seminar tersebut akan diberi oleh pihak AsiaMarketingTips, mungkin Encik Aaron Sim, kot.
Hehe...nasib baik juga saya, Surfaddict, Ryco, etc pergi seminar intro pertama tu....
|
|
|
| |
| Video Di Dalam Website atau Blog |
| 07.12.06 (11:40 am) [edit] |
|
Kalau anda ke Yahoo.com atau MSN.com, mungkin anda mula perasan yang sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak iklan didalam bentuk Video.
Kalau dulu Youtube.com adalah tempat kita nak cari video-video untuk diletak pada blog atau website, sekarang GoogleVideo pun dah wujud.
Guru-guru internet pun sudah mula memberi penerangan melalui video bila hendak menyampaikan maklumat, bukan hanya terhad kepada MP3. Of course, testimoni berbentuk video memang sudah lama diguna di website Internet Marketing Centre (IMC) dan website lain.
Adakah Anda Berminat Nak Letakkan Video di Website/Blog Anda?
Bagi meletakkan Video kepunyaan orang lain, paling baik ialah ke Youtube.com kerana ia memberi kemudahan untuk embed Video dengan mudah.
1.)Mula-mula sila ke website Youtube.com.
2.)Pada sebelah kanan, terletak kotak Search. Taipkan Video yang ingin dicari.
Misalnya, anda ada website tentang kucing (cats) dan ingin meletakkan video-video kucing di website anda, maka anda boleh taip cat atau cats dan tekan butang Search.
3.)Pada kotak sebelah kanan, ada ditulis About This Video. Lihat pada embed dan klik kod yang ada pada situ. Ia akan terus highlight. Right-click pada mouse dan copy.
4.)Pastekan kod tersebut pada main body website anda. Jika di blog, letakkan pada tempat khas pada template untuk menambahkan kod tersebut. Biasanya saiz video Youtube mempunyai lebar (width) "425" dan tinggi (height)"350". Sebaik-baiknya gunalah setting ini kerana kalau anda mengubah saiz video, mungkin kualiti gambar akan terjejas.
Anda juga boleh uploadkan Video sendiri yang diambil dengan Camcorder ke website Youtube.com dan GoogleVideo.
Kalau Nak Letak Video Aksi Skrin Komputer Anda, terutamanya bagi tujuan mengajar orang lain cara menggunakan sesuatu software, bolehlah gunakan Camtasia, website Camtasia.com. Harga adalah US$39.95 untuk lesen penggunaan persendirian.
Tapi kalau nak software yang free, gunakan CamStudio yang boleh didownload di Camstudio.org. Jangan lupa untuk install microfon supaya anda boleh rekod suara disamping aksi anda pada skrin komputer.
Kegunaan Video Pada Website/Blog:
1.)Memberi testimonial 'live' dari pengguna produk dan perkhidmatan. Lebih realistik dan 'friendly' daripada ayat yang hanya ditaip pada skrin komputer.
2.)Promosi video produk dijual. Contoh: mengambil video kereta yang hendak dijual supaya bakal pembeli dapat melihat rupa 3-D kereta tersebut. Boleh zoom video ke spesifikasi yang baik pada produk anda dan 'highlight'kan seperti rim tayar pada kereta, interior dalaman, aksi kereta tersebut di jalan raya.
3.)Anda mempunyai restoran dan ingin promosikannya di website anda? Letakkan video pemandangan restoran anda dan juga video masakan yang dihidangkan.
4.)Promosi software yang anda sedang jual melalui Video cara penggunaan, bukan sekadar skrin shot yang statik tetapi 'live' video penggunaan software tersebut.
Dan lebih banyak lagi...seperti video promosi jualan pakaian, barang kemas, gadget elektronik...anda hanya terhad kepada imaginasi anda untuk promosikan perniagaan internet anda melalui video...
ps - jika anda ingin mengambil video wajah & suara anda untuk memberi sesuatu penerangan, pastikan anda sediakan skrip terlebih dahulu bagi mengelakkan anda membuang masa dengan tergagap-gagap atau tersalah cakap... ;)
|
|
|
| |
| 3P Dalam Internet Bisnes |
| 07.06.06 (10:38 pm) [edit] |
|
Baru-baru ni saya teringat tentang kata-kata seorang guru internet (rasanya Mike Filsaime kot) yang telah mengatakan bahawa untuk berjaya di dalam perniagaan internet, seseorang itu mesti ada 3P:
1.)Purpose
- ada matlamat dan mengetahui sebab mengapa dia terlibat di dalam perniagaan internet.
2.)Perspective
-boleh nampak gambaran 'overall' dalam menjalani perniagaan tersebut. Tidak hilang fokus.
3.)Perseverance
-mempunyai daya tahan dan tidak mudah putus asa. Perniagaan di internet harus dianggap sebagai bisnes seperti di dunia yang nyata. Jika kita mengambil sikap sambil lewa tentang bisnes kita, kita tidak akan berjaya, walau banyak manapun e-book dibaca dan kursus dihadiri.
Mudah putus asa adalah sebab utama ramai yang telah mencuba perniagaan internet tetapi akhirnya telah 'quit' dan tidak percaya lagi pada peluang membuat wang di internet. Seperti perniagaan di dunia yang nyata, perniagaan di internet jarang sekali akan membawa kejayaan serta-merta. Kebanyakan website yang bertahan lama dan berjaya ialah website yang dimana pemiliknya mempunyai kesabaran patience dan tekun membina perniagaan mereka, walaupun mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Saya teringat satu kisah tentang seorang pemilik lombong emas di Afrika Selatan. Setelah bertahun-tahun melombong emas, akhirnya pemilik lombong tersebut telah mendapati vena emas yang digali seakan-akan sudah kehabisan emas. Pemilik emas tersebut, dengan terburu-buru, terus menjual lombong emas tersebut dengan harga yang agak rendah kerana menyangka lombong emas tersebut sudah 'kering'. Lombong tersebut pun dibeli oleh seorang usahawan yang telah memanggil ahli geologi untuk memeriksa keadaan tanah di lombong emas tersebut. Mereka mendapati bahawa tiga kaki dari lubang yang digali terdapat vena emas yang lebih besar. Maka pemilik baru lombong emas tersebut telah menjadi sangat kaya dan pemilik asal telah rugi. Jika pemilik asal telah menggali 3 kaki saja lagi, dia akan berjaya, tetapi kerana sifat terburu-buru dan berputus asa, rezeki tersebut melepas ke orang lain.
|
|
|
| |
| Internet Seminar Bersama Derek Gehl |
| 07.03.06 (7:11 pm) [edit] |
|
Internet Seminar bersama Derek Gehl
1st July 2006 (Saturday) - Subang Villa Hotel
How To Start Your Own Internet Business for Less Than US$500 and See Profits in Less THan 30 Days.
4 Steps of Making Money Online:
1.)Number One: Finding a Large Easy-to-Reach Market Niche.
- mencari niche market yang besar dan mudah diterokai.
2.)Number Two: Designing a Website that Converts Maximum Visitors into Lifetime Customers.
- membuat website yang akan menukarkan jumlah maksimum pelawat website kepada pelawat seumur hidup.
- mereka sentiasa ingin kembali kepada website anda dan membeli dari anda berulang-kali.
- website anda mudah dilayari. One-click navigation.
3.)Number Three: Drive a Flood of Qualified Buyers to your Website.
- membawa pengunjung yang benar-benar layak ke website anda. Layak bermakna mereka memang berminat terhadap produk atau servis yang anda tawarkan dan berkemungkinan besar akan membeli produk atau melanggani servis tersebut.
4.)Number Four: Put Everything On Auto-pilot.
- semua urusan pengambilan order, pembayaran, penghantaran barangan, email, newsletter, affiliate, subscriptions dan sebagainya adalah secara automatik (auto-pilot).
Walaupun masa terhad, Derek Gehl telah memberi penerangan yang cukup padat dan bernas kepada pengunjung seminar percuma tersebut. Saya sempat juga berborak dengan Derek Gehl dan bertanyakan tentang program affiliate beliau dimana saya telah menjadi ahli. 90% pengunjung seminar tersebut adalah orang cina, tetapi ada juga orang Melayu yang hadir (maybe 12 orang sahaja kot), termasuk ahli forum Wangcyber seperti Ryco dan Surfaddict.
Seminar tersebut sebenarnya telah dianjurkan oleh Aaron Sim dan isterinya Tracy. Mereka telah ke seminar Internet Marketing di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lepas (2005) dan menjemput Derek Gehl untuk datang ke Malaysia.
Pihak penganjur tidak membenarkan kami mengambil gambar Derek Gehl di seminar tersebut, walaupun seminar telah tamat. Maka, minta maaf, memang tak ada gambar.
Saya mendapat tahu yang ada diantara yang hadir telah mendapat email mengenai seminar tersebut (email invitation) tapi saya tak ingat pun dapat email dari pihak penganjur walaupun saya dalam mailing list mereka. Tak apalah. Nasib baik saya telah ternampak iklan free seminar di suratkhabar.
Seminar yang diadakan pada 1 Julai ini oleh Derek Gehl adalah seminar pengenalan kepada program beliau yang bertajuk: The Ultimate Entrepreneur BootCamp yang akan diadakan selama 3 hari di Berjaya Timex Square pada 15, 16 dan 17 September (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Harga seminar tersebut adalah hampir RM3K.
Setelah selesai seminar percuma tersebut, kami (budak melayu & ahli WangCyber) telah berkumpul di luar dewan hotel untuk membincangkan tentang perniagaan internet, seminar tersebut dan kos yang tinggi untuk hadir ke Bootcamp September nanti. Memang orang cina begitu beruntung kerana mempunyai resources untuk hadir ke seminar itu nanti.
Setelah meneliti keadaan, kami pun berpakat tidak mahu 'miss' peluang yang diberi. Salah seorang dari kami akan pergi ke seminar tersebut dan akan berkongsi pengalaman di Bootcamp tersebut dengan kawan-kawan nanti.
Kami berfikir yang kami pun ingin berpeluang seperti orang lain untuk mempelajari ilmu baru. Memang ternyata orang Melayu kurang diberi peluang dan pendedahan tapi nevermind, tak apa. Kita akan cuba sedaya upaya untuk juga berjaya seperti mereka.
Nasib baiklah ada yang telah berjaya seperti Irfan Khairi dan Team SaifulSham.
Mungkin ramai diantara kita telah pun mempunyai bisnes di internet tetapi kurang pengetahuan untuk menjadikan bisnes kita benar-benar lumayan dan berjaya. Anybody can put up a website on the internet but not everyone can have good ranking, optimum traffic and qualified visitors....that will give you high profits.
Website ni macam pokok juga, ia adalah organik. Kalau kita jaga dengan baik, biar grow dengan berkesan, ia akan membuahkan hasil yang lumayan. But kalau kita biarkan sahaja, tak maintain, tak update, ia akan dikerumuni lalang dan akhirnya tenggelam di dalam hutan internet.
Teknik SEO sentiasa berubah dan pihak Search Engines sentiasa menukar algorithm (algoritma) mereka dalam menentukan kedudukan ranking di dalam listings mereka. Mungkin apa yang kita tahu tentang SEO pada hari ini akan lapuk pada bulan hadapan maka kita harus sentiasa up-to-date dengan perkembangan tersebut.
Derek Gehl telah menyatakan bahawa company beliau sentiasa up-to-date dengan perkembangan SEO dan itulah pengetahuan yang ingin kita miliki. Bagi mereka yang faham what I'm trying to say here, anda akan sedar kepentingan pengetahuan tersebut dalam memberi trafik yang optimum kepada kita and for the survival of our business.
ps- saya telah hadir pada sesi petang (2.30pm) seminar introduction tersebut. Dan ye, ni kat cybercafe....
|
|
|
| |
|
|