|
Seringkali kita mendengar tentang membuat website "niche", mencari "niche" dan memilih "niche" yang sesuai.
Apakah maksud "niche"?
Kalau ikut kamus Inggeris, "niche" ialah:
1.)A situation or activity specially suited to a person's interests, abilities, or nature.
Satu situasi atau aktiviti yang bersesuaian dengan minat, kemahiran dan perangai seseorang.
2.)A special area of demand for a product or service.
Satu permintaan khusus dan spesifik untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Contoh: khidmat nasihat untuk insuran, khidmat guaman, alat membantu pendengaran dan lain-lain.
Di dalam usaha kita membuat perniagaan dan pemasaran di internet, kita harus mengetahui jawapan kepada dua faktor diatas.
Apakah minat anda?
Apakah kepakaran yang anda sedia ada?
Adakah anda cukup bersedia, terutamanya dari segi mental untuk menghadapi kesukaran dan rintangan yang bakal menjelma?
Adakah terdapat permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang hendak dipromosikan?
Membuat perniagaan di internet bukan sekadar meletakkan website dan mengiklankan barangan dan produk. Anda harus ada perancangan untuk masa hadapan.
Sebelum anda membeli webhosting dan membuat website, fikir dulu baik-baik dan letakkan 'plan' anda diatas kertas. Kenalpasti "niche" anda. Anda pasti akan berjaya.
|