Kelas Adsense 15 Julai Hari Tu...

INFORMASI PERNIAGAAN & PEMASARAN INTERNET


Blog For Free!


Archives
Home
2006 August
2006 July
2006 June
2006 April
2006 March

My Links
Blog Paling Bosan
Xsitepro
Site Build It (SBI)
RSS Reader
Hostgator Webhosting
Wilsonweb Guide
Wordtracker
GoodKeywords.com
Paypal
2Checkout
Moneyclicking.net
Blog SmartUsaha
AnggerikPesonaCollection
Forum WangCyber
Melayu.com
Affiliate Marketing Intensive

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Increase your web site's income today!


Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Website Counter
Cortislim


Kelas Adsense 15 Julai Hari Tu...
07.18.06 (5:38 pm)   [edit]

Saya telah menghadiri Kelas Adsense & Affiliate yang telah dianjurkan oleh Encik Mohd. Farid Sulaiman dan disampaikan oleh saudara Kidino & Shuth di Selangor Human Resource Development Center di Shah Alam.

Kelas tersebut telah dimulakan dengan pendaftaran pada jam 8.30 pagi. Seramai 20 orang peserta telah hadir.

Tanpa membongkar tips-tips dan rahsia yang diberikan di kelas tersebut, cukuplah saya katakan bahawa penerangan yang diberi dibantu oleh slides, demonstrasi penggunaan teknik dan software, demonstrasi di internet dan case study website-website.
Ceramah dimulakan dengan topik pengenalan kepada Adsense yang telah disampaikan oleh saudara Shuth. Beliau juga menyampaikan topik mengenai tips-tips adsense. Penerangan mengenai niche, content dan trafik disampaikan oleh Kidino. Mr. Gobala Krishnan dan Mr. Sunny Tan adalah tetamu istimewa pada kelas tersebut dimana Sunny Tan telah memberi contoh case study dan Gobala Krishnan pula telah bercakap tentang blogging dan adsense.

Setelah selesai kelas tersebut, nampak macam kesemua peserta yang hadir berpuas hati dengan ilmu yang dipelajari. Memang tidak sia-sia kami ke kelas tersebut kerana tips-tips yang diberi amat berguna, tidak kira sama ada untuk mereka yang baru hendak memulakan program adsense atau mereka yang memang sudah ada website.

Sebenarnya, ada perbezaan ketara apabila kita belajar dengan hanya membaca e-book atau artikel. Melalui kelas atau seminar seperti ini, kita boleh bertanya terus kepada pakar-pakar program adsense & affiliate mengenai apa-apa yang kita tidak fahami dan dapat melihat terus teknik-teknik yang mereka gunakan melalui slideshow yang diberi dan case study.

Yang bagusnya, ceramah yang diberi bukanlah one-way sahaja tetapi para peserta juga memberi feedback mengenai pengalaman mereka dan berkongsi maklumat sesama sendiri. Dengan cara ini, semua orang dapat mempelajari perkara baru dan ada pembelajaran interaktif.
Mungkin ada baiknya jumlah peserta tidaklah begitu ramai kerana lebih mudah untuk berinteraksi dan ber-networking.

Di ceramah tersebut, terdapat ahli forum dari Wangcyber.com dan Melayu.com/perkampungan. Memang seronok dapat bersemuka kerana selama ini kami hanya jumpa di forum.

Akhir sekali, kami juga dikejutkan dengan surprise oleh saudara Shuth & Kidino...well, nanti tahulah...melalui forum Wangcyber.com...

So, kalau diadakan sekali lagi kelas Adsense & Affiliate, datanglah. Walaupun anda mungkin sudah ada akaun adsense dan meletakkan adsense di blog atau website, tidak salah kita 'expand' pengetahuan kita. Lagipun peluang untuk networking amat baik dan anda tidak akan rugi.

ps - Oh ye, hampir lupa nak cakap...kami juga diberi nota-nota dan CD berupa website template, ebook AdsenseSEO (Kidino) dan ebook Chapter-M (Gobala Krishnan) secara percuma.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
 
Your Name:


Your Comment:


Internetmelayu Blog Feed

Google

:: MalaysiaTopBlogs ::

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!