|
Seringkali kami sebagai webmaster terbuntu fikiran apabila memikirkan tentang penulisan artikel atau content untuk niche yang dipilih.
Ada yang telah membeli article sites yang mengandungi banyak template dan artikel tetapi isinya adalah TIDAK unik kerana apabila kita membelinya, orang lain pun akan membeli template sites yang sama dan akan timbul masalah duplicate content, iaitu isi kandungan yang serupa pada website yang berbeza.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan idea untuk menulis artikel adalah dengan menyuruh orang lain menulis artikel untuk anda. Anda boleh mengupah para pelajar atau saudara-mara anda untuk menulis artikel untuk anda.
Saya pernah juga menggunakan perkhidmatan penulisan artikel dari:
1st-4-articles.com
Artikel yang digubah oleh 1st-4-articles.com adalah unik dan percuma dan di dalam bahasa Inggeris. Topik yang diberi adalah terhad buat masa ini, tetapi artikelnya booleh dugunakan untuk menambahkan lagi isi kandungan website anda.
Artikel berbentuk 'one-off' ini mempunyai beberapa syarat yang harus dipatuhi sebelum anda menggunakannya. Sebelum melanggani perkhidmatan mereka, sila baca syarat dan terma di:
Publishing Rights: Terms & Conditions of Use
ps - pastikan website anda telah mempunyai beberapa buah artikel dan isi kandungan lain sebelum melanggani perkhidmatan 1st-4-articles.com kerana mereka tidak akan menerima website yang tidak ada isi kandungan atau artikel dan permohonan anda mungkin akan ditolak.
|